KERUSI Parlimen Batu menjadi perhatian ramai apabila berlaku pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum kali ini.
Penyandang kerusi itu, P. Prabakaran akan dicabar rapat oleh bekas Ahli Parlimen dan bekas ketua KEADILAN Cabang Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua yang membuat kejutan apabila bertanding atas tiket bebas.
Selain itu, pencabar lain adalah Datuk A. Kohilan Pillay selaku calon parti komponen Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya Perikatan Nasional (PN) dan Wan Azliana Wan Adnan dari parti Gerakan Tanah Air (Pejuang).
Dua calon bebas yang turut mahu mencabar Prabakaran adalah aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim dan pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin.
Beberapa nama lain yang turut mencuba termasuk P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).
Di Parlimen Ampang, pertanding juga sengit apabila berlaku pertembungan 9 penjuru. Zuraida Kamarudin yang bertanding atas Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru ditubuhkan ditentang Rodziah ismail (Pakatan Harapan), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong (Warisan), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional) dan tiga calon bebas – Tan Hua Meng, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos serta M Raveendran.
Rodziah yang diamanahkan merampas kembali kerusi yang dikhianati itu berkata, beliau akan cuba sebaik mungkin mengembalikan semula kerusi itu kepad Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipilih oleh rakyat Ampang sebelum ini.
"Saya dengan rendah hati mengambil tanggungjawab ini dan insya Allah doakan supaya sepanjang kempen nanti berjalan lancar dan kita dapat buat yang terbaik untuk rakyat.”
Gombak, kerusi yang turut menjadi perhatian setelah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dicalonkan bagi merebut kerusi yang dikhianati dari KEADILAN itu menyaksikan pertanding 5 penjuru.
Amirudin yang sedang bercuti dari tugas rasmi sebagai Menteri Besar akan berhadapan Mhamed Azmin Ali dari PN, Megat Zurkanain Omardin (BN), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Putra), serta calon bebas, Zulkifli Ahmad.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mempertahankan kerusinya berdepan bekas ketua penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin yang bertanding atas tiket HARAPAN turut dicabar, Muhammad Faiz Na’aman (PN) dan seorang calon bebas, Tawfik Ismail, yang juga pengasas Gerak Independent.
Ini pilihan raya pilih perdana menteri |
Sekiranya Anwar dan HARAPAN memenangi pilihan raya kali ini, buat julung kalinya perdana menteri merupakan Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Perak.
0 Comments