AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI Kota Tampan Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak jam 5.30 petang ini.
Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini berkata, keputsan itu selepas kesemua wakil tertinggi parti negeri selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta tengah hari tadi.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 24 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) 26 kerusi, Pakatan Harapan (HARAPAN) pula memperolehi sembilan kerusi.
Keputusan itu menyebabkan tiada mana-mana pihak memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri, namun kemudian HARAPAN menyatakan sokongan kepada BN dan Saarani sekaligus memiliki 33 kerusi sokongan berbanding Perikatan Nasional (24 kerusi).
Saarani yang mewakili Barisan Nasional (BN) bersama Naib Pengerusi DAP Perak Dr Aziz Bari HARAPAN kemudian menyembahkan kepada Sultan Nazrin berkaitan persetujuan kedua-dua pihak untuk membentuk kerajaan.
“Oleh kerana wakil-wakil daripada PN tidak menentang, tiada pertikaian, maka baginda berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil BN dan juga wakil HARAPAN iaitu mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai Menteri Besar daripada kedua-dua belah pihak iaitu Kota Tampan Datuk Seri Saarani,” kata Mohd Annuar di pekarangan Istana Kinta.
Isu kerajaan tergantung di Perak selesai |
Saarani yang merupakan Pengerusi BN Perak dan Pengerusi Umno Perak dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan sejak 2004 dan dilantik menjadi Menteri Besar Perak ke-14 sejak 10 Dis 2020.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dari 2018 hingga 2020.
Kerajaan Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS.
0 Comments