Utamakan nasib rakyat, Negeri Sembilan mungkin lewat bubar DUN

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa negeri itu berkemungkinan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac tahun depan

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat Negeri Sembilan, di Seremban pada Rabu lalu, beliau yang juga Menteri Besar menegaskan bahawa masih banyak perkara terutama berkaitan kepentingan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Ini jelasnya termasuk usaha memulihkan ekonomi yang terjejas susulan pendemik Covid-19 sebelum ini.

“Bila PRU15, masih menjadi teka-teki sekarang tapi saya cadangkan supaya pilihan raya dapat diadakan tahun hadapan, namun ia terpulang pada Majlis Presiden HARAPAN untuk menentukan.

“Pada masa ini, rakyat tengah susah dan perlukan perhatian dan bantuan daripada kerajaan...adakan PRU15 ketika ini yang kosnya pasti menelan berbilion ringgit,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dipetik laporan media berkata PRU akan diadakan tahun ini.

Ia memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jelasnya sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan.

Ismail yang merupakan Naib Presiden Umno dilihat berdepan tekanan dari dalam parti itu agar mengadakan PRU segera. gesaan bertambah kuat setelah bekas Presiden Umno, Najib Razak dipenjara.

Aminuddin cadang PRN lepas Mac tahun depan
Badan pemantau pilihan raya Bersih dalam kenyataan baru-baru ini membuat gesaan supaya semua pihak menolak dari PRU diadakan segera.

Desakan itu menurut Bersih dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan "kleptokrat" daripada keadilan di mahkamah.

Post a Comment

0 Comments