PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hasratnya untuk bertanding sekaligus merampas kembali kerusi Parlimen yang disandang oleh bekas wakil rakyat dari gabungan itu yang dianggap'pengkhianat'
Tanpa menyatakan secara mengenai kerusi Parlimen yang menjadi perhatiannya, Anwar bagaimanapun berkata, kerusi itu mestilah memberi kelebihan tambahan kepada KEADILAN dan gabungan itu.
"Secara jujur saya belum ada pilihan lagi (Parlimen) untuk ditandingi tapi dalam pertimbangan adalah kerusi pengkhianat...misalnya jika parti kata bertanding di Gombak (Parlimen) saya bertanding di situ.
“Gombak tak semestinya, tapi tidak tolak kemungkinan,” katanya dalam sesi soal jawab dalam program sembang kencang anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor (KLS) di Hotel Hilton semalam.
Antara kawasan Parlimen yang disandang bekas pemimpin dianggap pengkhianat adalah di Gombak dengan Ahli Parlimenya, Mohamed Azmin Ali; Ampang (Zuraida Kamaruddin) (Indera Mahkota) Saifuddin Abdullah; Bandar Tun Razak (Kamaruddin Jaffar), Nibong Tebal (Mansor Othman),Batu Pahat (Rashid Hasnon); Segamat (Santhara Kumar),
Manakala Saratok (Ali Biju), Puncak Borneo (Willie Mongin) dan Ranau (Jonathan Yasin).
Anwar sebelum ini dicadangkan beberapa pimpinan Perak untuk bertanding di negeri itu termasuk di kawasan Parlimen Tambun yang disandang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
![]() |
Anwar akan cabar Azmin di Gombak? |
Dalam acara semalam, Anwar sekali lagi mengakui perkara itu dengan berkata sentimen dan sokongan yang diterimanya di Port Dickson kuat dan lebih baik berbanding ketika bertanding pada Pilihan Raya Kecil pada Oktober 2018.
0 Comments