PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) bakal mengempur kawasan bekas timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali di Gombak pada Ahad ini.
Kawasan itu dinamakan sebagai lokasi pertama program Rapat Mega KEADILAN yang akan menjelajah ke seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain memperkenalkan saf pimpinan baharu diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalanya, Rafizi Ramli.
Ketua Penerangan parti itu, Fahmi Fadzil berkata, program di Gombak itu akan diadakan di tapak bazar Taman Melawati bermula jam 9 malam dan berakhir sebelum jam 12 malam.
Mereka menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang hadir pada program ceramah itu.
Ditanya mengapa Gombak dipilih sebagai tempat pertama perhimpunan itu, Fahmi tanpa menamakan mana-mana individu berkata tumpuan akan diberikan kepada kerusi yang wakil rakyatnya telah mengkhianati parti itu dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Kita patut perbaiki itu. Saya sendiri pernah lihat pengundi beritahu saya sendiri bahawa mereka tidak mahu mengundi lagi, kerana perbuatan 'Si Kitol dan Mendeliar' dan kita harus memperbetulkannya.
"Kita gempur Gombak Ahad ini dan buktikan KEADILAN masih kuat dan padu. Insya-ALLAH pada PRU15, kerusi ini akan kembali kepada KEADILAN," katanya pada sidang akhbar Rapat Mega Keadilan di ibu pejabat parti itu.
'Si Kitol dan Mendeliar' merujuk kepada dua individu yang menjadi pengkhianat semasa zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16 Melaka, sehingga menyebabkan negeri itu ditawan oleh Portugis.
Azmin yang merupakan Ahli Parlimen Gombak disifatkan sebagai dalang utama dalam 'Langkah Sheraton' 2020 sehingga menyebabkan kerajaan HARAPAN yang diberi mandat memerintah oleh rakyat akhirnya tumbang.
Kawasan itu dinamakan sebagai lokasi pertama program Rapat Mega KEADILAN yang akan menjelajah ke seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain memperkenalkan saf pimpinan baharu diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalanya, Rafizi Ramli.
Ketua Penerangan parti itu, Fahmi Fadzil berkata, program di Gombak itu akan diadakan di tapak bazar Taman Melawati bermula jam 9 malam dan berakhir sebelum jam 12 malam.
Mereka menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang hadir pada program ceramah itu.
Ditanya mengapa Gombak dipilih sebagai tempat pertama perhimpunan itu, Fahmi tanpa menamakan mana-mana individu berkata tumpuan akan diberikan kepada kerusi yang wakil rakyatnya telah mengkhianati parti itu dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Kita patut perbaiki itu. Saya sendiri pernah lihat pengundi beritahu saya sendiri bahawa mereka tidak mahu mengundi lagi, kerana perbuatan 'Si Kitol dan Mendeliar' dan kita harus memperbetulkannya.
"Kita gempur Gombak Ahad ini dan buktikan KEADILAN masih kuat dan padu. Insya-ALLAH pada PRU15, kerusi ini akan kembali kepada KEADILAN," katanya pada sidang akhbar Rapat Mega Keadilan di ibu pejabat parti itu.
Usaha kembalikan keyakinan untuk mengundi |

0 Comments