MAHKAMAH TINGGI pada Jumaat menolak permohonan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther, untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff berkata Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee menolak permohonan anak guamnya dengan kos RM3,500.
"Defendan ada memfailkan dua permohonan iaitu penzahiran dokumen dan interlokutori.
"Kedua-dua permohonan itu akan didengar pada 23 Sept ini di hadapan hakim sama secara dalam talian (Zoom)," katanya selepas pengurusan kes melalui sidang video di hadapan Lee yang turut disertai peguam Navpreet Singh bagi pihak Anwar.
![]() |
Mahkamah tolak permohonan Yusoff dengan kos |
Anwar kemudian memfailkan saman balas terhadap saman yang dikemukakan itu.
Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa tiada bukti untuk mendakwa Anwar.
0 Comments