Rafizi tegur Pengerusi Muda Negeri Sembilan


TIMBALAN PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli menegur Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar.

Ia susulan kenyataan Tarmizi yang menamakan Parlimen Kuala Pilah sebagai antara kerusi akan ditandingi oleh Muda pada PRU15.

Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi KEADILAN menegaskan bahawa 'pengumuman' seperti itu 'tidak membantu' selain ia perlu dibincangkan secara tertutup oleh mana-mana parti yang pro kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Benda ni (kerusi hendak ditandingi) kena bincang tertutup, bukan umum, nanti bising lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Rabu.

Sebagai rekod, Muda pada Selasa membuat ketetapan sebulat suara bersetuju untuk menyertai HARAPAN sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Bagaimanapun ia belum dibincangkan secara rasmi dengan pemimpin utama parti itu.

Muda dilihat berminat bertanding bersama HARAPAN berdasarkan prinsip perjuangan kedua-dua pihak yang sama terutama dalam mereformasi sistem pentadbiran negara dan usaha melawan rasuah.

Tarmizi selain mengumumkan Muda Negeri Sembilan mahu bertanding di Parlimen Kuala Pilah turut berkata akan menumpukan kepada kerusi-kerusi ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14.

'Pengumuman' Tarmizi tak membantu
Kenyataanya itu berbeza dengan pendirian Muda seperti disuarakan Timbalan Presidennya Amira Aisya Abd Aziz sebelum ini bahawa mereka akan berbincang mengenai kerusi yang boleh ditandingi bag memastikan pertindihan kerusi seperti berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berulang.

Sementara itu Rafizi ketika menegur Tarmizi berkata, parti di bawah gabungan HARAPAN seharus fokus untuk berhadapan BN dan Perikatan Nasional (PN).

Fokus lawan BN (Barisan Nasional) PN (Perikatan Nasional); tunjukkan kenapa rakyat tidak wajar undi mereka,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments