PAS “bermimpi” jika percaya ia mampu memenangi hati pengundi atas pagar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata seorang penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir di petik laporan FMT berkata, sangat sukar untuk parti Islam itu meraih sokongan pengundi Cina, serta Sabah dan Sarawak.
Kesukaran itu jelasnya bertambah selepas Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden parti itu membuat kenyataan berunsur fitnah perkauman apabila mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera yang menjadi punca rasuah di negara ini.
“Tidak mungkin PAS boleh menang lebih 18 kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.
“Akan berlaku terlalu banyak pertandingan berbilang penjuru dalam kalangan parti berasaskan Melayu dan selagi PAS tidak bekerjasama dengan Umno, ia tidak boleh memenangi lebih banyak kerusi,” katanya kepada FMT.
Abdul Hadi baru-baru ini berkata, PAS telah menembusi “tembok perkauman” melalui sayap penyokong bukan Islamnya dan akan cuba memikat pengundi atas pagar dan bukan Islam dalam PRU15.
Memberi contoh DAP meletakkan calon India di kawasan majoriti Cina, katanya, tiada sebab PAS tidak boleh mendapat sokongan pengundi Cina.
Sebagai rekod, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dipanggil polis untuk disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia berhubung kenyataan bahawa bukan Islam, bukan Bumiputera jadi majoriti perosak politik, ekonomi negara ini.
Sementara itu penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Hadi bahawa parti itu berjaya merapatkan jurang antara orang Islam dan bukan Islam.
Tiada bukti PAS rapatkan jurang islam-bukan Islam |
“Persepsi PAS telah dibina selama beberapa tahun. Memenangi hati pengundi atas pagar beberapa bulan sebelum pilihan raya tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata.” katanya dipetik.
0 Comments