'Pembersihan' tak ubah Umno, kata pemimpin KEADILAN


SEORANG pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyangkal dakwaan bahawa Umno kini semakin baik selepas berlakunya 'pembersihan' dalam parti itu daripada pemimpin terpalit isu penyelewengan tidak menjadikannya imej parti itu semakin baik.

Timbalan Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin dalam satu kenyataan berkata, apa yang berlaku hanya membuktikan parti itu sememangnya korup seperti didakwa banyak pihak.

“Selepas pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor pula didapati bersalah dan dihukum penjara sepuluh tahun dan denda RM910 juta. Kemudian Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dan isterinya diarah bela diri oleh mahkamah atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

“Tidak kira sama ada taktik meraih simpati atau pembuktian pembersihan sedang dijalankan, hakikatnya Umno sudah tidak relevan dan perlu dihapuskan,” katanya.

Sebagai rekod, Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan bersalah Najib dalam kes berkaitan SRC international. bekas Presiden Umno itu dihantar ke Penjara Kajang pada hari sama untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Kira-kira seminggu selepas itu, isteri Najib, Rosmah Mansor bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkait projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion enam tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta yang merupakan denda terbesar yang dikenakan dalam sejarah perundangan Malaysia kepada isteri pemimpin utama Umno itu.

Manakala pada 2 September, seorang lagi Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan Felcra.

Beberapa pemimpin utama parti itu juga sedang berdepan kes mahkamah sama ada berkaitan kes rasuah, salahguna kuasa atau pengubahan wang haram.

Razeef sementara itu melahirkan rasa kecewa apabila ada kalangan pemimpin Umno tidak ambil pengajaran daripada apa yang berlaku  dalam kalangan mereka.

Lebih parah mereka cuba menutup kelemahan parti itu dengan menuduh Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai dalang dan menuntut supaya rakyat sekali lagi memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Razeef kecewa peristiwa tak jadi pengajaran


"Memenangi pilihan raya dan membebaskan Najib adalah perjuangan Umno hari ini, bukan untuk rakyat.. Malah mereka tanpa segan silu ingin melacurkan sistem perundangan jika diberi mandat pada PRU-15 nanti.


"Rakyat jangan tertipu.. Pemenjaraan Najib bukanlah pembersihan Umno.. Kes2 rasuah pemimpin Umno termasuk Presiden Umno dan isteri Najib sendiri bukti bahawa parti itu telah rosak dari luar hingga ke usus," katanya dalam satu hantaran lain di Facebook.

Post a Comment

0 Comments