Mahiaddin nak ganti Najib?


SEORANG wakil rakyat mempersoalkan apakah bekas perdana menteri, Mahiaddin Md Yassin cuba menggantikan bekas  Najib Razak sebagai “kaki pusing” politik di media sosial.

Chua Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipetik laporan Malaysiakini melontarkan soalan itu berikutan kenyataan bercanggah Presiden Bersatu itu dalam isu kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Najib dikenali sebagai kaki pusing di media sosial kerana kebolehan beliau memutarbelitkan segala fakta untuk menutup kekurangan atau kesilapannya, malahan para penyokong beliau akan menyokong secara membabi buta tanpa berfikir sama ada kenyataan tersebut betul atau tidak.

"Selepas Najib masuk ke dalam penjara, adakah Muhyiddin ingin ambil alih kerja Najib sebagai kaki pusing di arena politik tanah air," katanya.

Muhyiddin pada Sabtu berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima keputusan rakan sekutunya PAS untuk menolak kerjasama dengan HARAPAN.

Wei Kiat menyifatkan Mahiaddin sebagai cuba menukar skrip.

Minggu lalu, Mahiaddin dipetik laporan Awani berkata, dia melontarkan idea kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan pembangkang kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tawaran kerjasama oleh 'dalang Langkah Sheraton' itu bagaimanapun telah ditolak mentah-mentah oleh HARAPAN, melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli.

Mahiaddin dalang tumbangkan Pakatan Harapan


"Saya minta Muhyiddin jangan hina kebijaksanaan rakyat, mereka mengetahui isu politik semasa di Malaysia, rakyat sangat faham kenapa idea PN mahu bekerjasama dengan HARAPAN akan timbul.


"Hal ini kerana Muhyiddin bimbang dengan perkembangan politik yang tidak menguntung pihak PN, mereka mengetahui risiko kalah besar termasuk kerusi Pagoh yang dipegang oleh Muhyiddin, disebabkan sentimen rakyat menolak gabungan 'katak' ini semakin kuat," katanya.

Post a Comment

0 Comments