PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Terengganu akan meletakkan calon di semua lapan kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, gabungan itu dijangka akan menukar strategi pada PRU itu dengan menampilkan muka baru sebagai usaha kembali bertapak di negeri yang menjadi kubu kuat PAS berkenaan.
Tambah bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, cadangan tersebut sudah dibangkitkan di dalam mesyuarat HARAPAN di Pejabat Amanah Terengganu baru-baru ini.
"Secara amnya HARAPAN Terengganu berusaha mengemukakan muka-muka baru dan juga calon muda untuk PRU ke-15 kali ini bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman untuk memberi kestabilan dan kematangan pada pasukan kami," katanya.
Bekas Senator Dewan Negara itu yakin calon muka baru dan muda akan membawa pembaharuan, pendekatan dan idea yang lebih bernas serta progresif.
![]() |
Calon baru mampu bawa perubahan progresif |
“Hanya beberapa perkara kecil dan kerusi sahaja yang perlu diselesaikan dalam menjelang awal Okt ini,” katanya.
0 Comments