KETUA Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan), Aiman Athirah Sabu menuntut supaya mana-mana pemimpin politik dan pegawai tinggi awam terlibat rasuah dan cuai mengurus tadbir kewangan negara dilucutkan hak daripada bertanding dalam pilihan raya.
Bercakap kepada media pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Awan 2022 di Seremban baru-baru ini, bekas Ahli Dewan Negara itu juga mahu golongan itu dihalang dari memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik dan pentadbiran awam.
"Tuntutan kami supaya pesalah rasuah seperti bekas Perdana Menteri dan Menteri apabila melakukan rasuah perlu diberi hukuman walaupun minimum tapi keras.
"Kalau setakat mencuri RM42 juta, tapi 12 tahun penjara... ia tak cukup setakat itu, sepatutnya terus dihalang daripada sertai parti politik.
"Sebabnya bila mereka masih dibenarkan sertai parti politik dan memegang jawatan, mereka ada potensi melakukan kesilapan sama," katanya
Mengulas isu berkaitan rasuah, Aiman Athirah kerajaan juga perlu mengkaji semula tindakan bagi kesalahan rasuah dengan menetapkan hukuman minimum yang lebih tegas.
"Ini termasuk meminda undang-undang anti rasuah khususnya hukuman penjara minuman kepada pesalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi menangani kelompongan dalam kerangka perundangan pencegahan rasuah dan penguatkuasaan undang-undang.
"Reformasi institusi juga perlu dilaksanakan secara menyeluruh bermula dengan mengembalikan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar benar-benar bebas daripada campur tangan politik dan dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen, bukannya Perdana Menteri, " jelas beliau.
Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata, fungsi dan kuasa SPRM harus diperkasakan khususnya dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan bagi kes-kes rasuah.
Dalam konteks sistem pengasingan kuasa dalam amalan demokrasi pula jelasnya, pengasingan bidang tugas Peguam Negara dan pendakwa raya adalah amat kritikal bagi mengelakkan percanggahan kepentingan terutamanya dalam pendakwaan kes-kes berprofil tinggi.
Pengamal rasuah tak layak jadi pemimpin |
"Ia bagi menangani isu integriti dan mengekang salah laku sekali gus memastikan organisasi tidak dinodai dengan skandal penyelewengan, korupsi atau salah guna kuasa," katanya dipetik
0 Comments