SETIAUSAHA AGUNG Parti Muda, Amir Hariri Abd Hadi mengaku tidak bersalah berhubung protes “Mana kapal tempur pesisir (LCS)” di ibu negara dua minggu lalu.
Amir Hariri, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Beliau didakwa selaku penganjur gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di depan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 petang 14 Ogos lalu.
Peguam Beatrice Chin berkata, Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menetapkan 3 Nov untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen sementara anak guamnya dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Amir berkata, pendakwaan terhadapnya hari ini tidak mematahkan semangatnya kerana protes itu diadakan untuk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap isu LCS seperti yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Katanya, protes LCS akan diteruskan sehingga pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.
“Ini agar wang rakyat tidak sewenang-wenangnya diselewengkan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Sementara itu Mahkamah Kuala Lumpur juga menerima permohonan artis dan pereka grafik Fahmi Reza untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya berhubung dakwaan membuat hantaran menghina terhadap bekas Menteri Kesihatan Adham Baba di Twitter.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan Fahmi untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kes ini.
Peguam Fahmi, Rajsurian Pillai mengesahkan hakim Nor Hasniah Ab Razak setuju dengan bantahan awal yang dikemukakan terhadap pendakwaan jenayah itu.Sebutan semula kes Amir ditetapkan pada November
Susulan itu jelasnya, mahkamah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan mengarahkan wang ikat jamin RM5,000 dipulangkan.
"Hakim setuju (dengan hujah pembelaan) yang pendakwaan ini cacat," katanya dipetik.
0 Comments