KERAJAAN negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang telah menyalurkan sumbangan RM15. 48 juta sebagai insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari, ia antara inisiatif 'peduli rakyat' disalurkan kepada pelbagai golongan masyarakat di negeri itu sejak mulai menerajui pemerintahan negeri.
“Bagi tahun 2022 pula sebanyak RM1.1 juta lagi telah di salurkan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah bagi meringankan beban mereka dimana sejumlah RM562, 500 disumbangkan kepada 1,523 pemandu teksi dan 352 pengusaha bas sekolah menjelang Tahun Baru Cina baru-baru ini.
“Manakala itu, sebanyak RM587,100 telah turut diberikan kepada 1,574 pemandu teksi dan 383 pengusaha bas sekolah sempena Aidilfitri yang lalu dimana insentif sebanyak RM300 tersebut telah dibayar sebanyak dua kali setahun," jelasnya.
![]() |
Pelbagai insentif telah disalurkan untuk rakyat |
0 Comments