PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gabungan itu mengutamakan membina kekuatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 berbanding usaha membentuk pakatan dengan pihak lain melalui konsep 'khemah besar'.
Walau bagaimanapun jelasnya, gabungan pembangkang terbesar itu tidak akan menutup pintu kerjasama dengan parti politik lain yang mahu berunding.
"Kalau kita tengok kenyataan KEADILAN, tidak timbul pun. Bagi, saya tidak relevan.
"Setiausaha Agung DAP Anthony Loke baru-baru ini dalam kenyataannya tegas bahawa harus perkukuh semangat dan kekuatan induk HARAPAN.
"Tegasan saya semua, kalau tengok kenyataan saya, kita jangan terlalu angkuh sampai orang lain nak bincang tak boleh.
"Tapi, asas induk kekuatan masih HARAPAN," katanya dalam wawancara khas dengan Malaysiakini, The Vibes dan Sinar Harian semalam.
Beberapa pemimpin HARAPAN khususnya dari Amanah sebelum ini menggesa pendekatan 'khemah besar' dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menentang BN dan Perikatan Nasional.
Ini termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang menyatakan terdapat keperluan untuk menyatukan pembangkang ke arah memenangi PRU15.
Namun idea itu ditentang Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang menggesa supaya gabungan itu segera memulakan kerja menarik kembali sokongan dari bawah seperti yang pernah dilakukan gabungan itu sebelum ini.
Rafizi turut menggesa pimpinan gabungan itu belajar daripada peristiwa pengkhianatan dua tahun lalu yang menyaksikan mandat rakyat dirampas melalui 'Langkah sheraton'
Sementara itu, Anwar ketika mengulas pendekatan 'khemah besar' berkata, walaupun dirinya sendiri tidak meneroka pendekatan itu, namun dia tidak melihat usaha sedemikian sebagai masalah kepada gabungan HARAPAN.
"Saya sendiri tidak berbincang, itu penting kena ingat presiden KEADILAN tidak meneruskan perbincangan kerana keutamaan kita kekuatan induk HARAPAN.
"Tapi, saya tak mengambil sikap menolak kebijakan untuk berbincang dengan sesiapa saja asalkan dia tunduk kepada agenda kita," katanya.
Tambahnya, pengalaman lalu ketika Dr Mahathir Mohamad memimpin pentadbiran selepas PRU14 sangat mengguris bagi HARAPAN kerana menyimpang daripada pendekatan gabungan itu selama ini.
"Kalau maksudnya menggadai prinsip kita, tunduk pada kepimpinan mereka, itu tentunya tak mungkin.
"Tapi, kalau sekadar bincang, bina kekuatan, supaya tak lihat terlalu tajam permusuhan antara parti pembangkang, itu saya memungkinkan. Saya tak anggap itu sebagai khemah besar," kata Anwar.
Walau bagaimanapun jelasnya, gabungan pembangkang terbesar itu tidak akan menutup pintu kerjasama dengan parti politik lain yang mahu berunding.
"Kalau kita tengok kenyataan KEADILAN, tidak timbul pun. Bagi, saya tidak relevan.
"Setiausaha Agung DAP Anthony Loke baru-baru ini dalam kenyataannya tegas bahawa harus perkukuh semangat dan kekuatan induk HARAPAN.
"Tegasan saya semua, kalau tengok kenyataan saya, kita jangan terlalu angkuh sampai orang lain nak bincang tak boleh.
"Tapi, asas induk kekuatan masih HARAPAN," katanya dalam wawancara khas dengan Malaysiakini, The Vibes dan Sinar Harian semalam.
Beberapa pemimpin HARAPAN khususnya dari Amanah sebelum ini menggesa pendekatan 'khemah besar' dalam menyatukan semua parti pembangkang untuk menentang BN dan Perikatan Nasional.
Ini termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang menyatakan terdapat keperluan untuk menyatukan pembangkang ke arah memenangi PRU15.
Namun idea itu ditentang Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang menggesa supaya gabungan itu segera memulakan kerja menarik kembali sokongan dari bawah seperti yang pernah dilakukan gabungan itu sebelum ini.
Rafizi turut menggesa pimpinan gabungan itu belajar daripada peristiwa pengkhianatan dua tahun lalu yang menyaksikan mandat rakyat dirampas melalui 'Langkah sheraton'
Sementara itu, Anwar ketika mengulas pendekatan 'khemah besar' berkata, walaupun dirinya sendiri tidak meneroka pendekatan itu, namun dia tidak melihat usaha sedemikian sebagai masalah kepada gabungan HARAPAN.
"Saya sendiri tidak berbincang, itu penting kena ingat presiden KEADILAN tidak meneruskan perbincangan kerana keutamaan kita kekuatan induk HARAPAN.
"Tapi, saya tak mengambil sikap menolak kebijakan untuk berbincang dengan sesiapa saja asalkan dia tunduk kepada agenda kita," katanya.
![]() |
Boleh bincang asalkan terima agenda reformasi |