DATUK SERI Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gabungan itu akan memastikan memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan pusat dikekalkan sehingga sekurang-kurangnya 31 Julai ini.
Dipetik laporan media, Ketua Pembangkang di Parlimen itu juga menjelaskan bahawa gabungan itu sedia untuk berbincang dengan Putrajaya jika terdapat sebarang hasrat untuk meneruskan kerjasama lanjut.
Anwar turut membidas Umno berhubung gesaan agar MoU itu tidak dilanjutkan, Umno katanya mereka perlu menerima bahawa MOU itu adaah perjanjian antara HARAPAN dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, bukannya dengan parti itu.
"Perundingan itu dengan perdana menteri dan pasukan dia.
"Umno boleh bagi pendapat dia. Cuma Umno dengan 40 kerusi BN itu, dia anggap dia sebagai (parti) pemerintah dia tentukan semua.
"Saya nak nasihatkan mereka bahawa dalam mana-mana kerajaan, kita perlu lihat kekuatan kita dan harus terima kenyataan bahawa rundingan itu antara PH dengan PM," katanya lagi.
Melalui MOU itu, Putrajaya berjanji tidak akan membubarkan parlimen sehingga sekurang-kurangnya 31 Julai 2022, supaya masa mencukupi bagi melaksanakan pelbagai pembaharuan yang diminta oleh HARAPAN.
Sebagai pertukarannya, pembangkang tidak akan menghalang agenda utama kerajaan.
Menurut Fasal 2.1 MOU, perjanjian itu akan berlangsung sehingga pembubaran parlimen.
Pimpinan tertinggi Umno baru-baru ini memaklumkan bahawa MOU antara kerajaan persekutuan dan HARAPAN tidak akan dilanjutkan lagi selepas Julai ini.
Ismail Sabri pula berkata dia akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti partinya itu.
![]() |
MoU bukan dengan Umno, tegas Anwar |
"MOU saya jelaskan, kita akan pastikan sehingga akhir Julai dan berunding kalau ingin diteruskan
"Belum pasti kalau dengan tidak adanya itu akan ada pilihan raya. Ini terpulang pendirian parti kerajaan dengan parti pembangkang, apakah keutamaan kita," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
0 Comments