Mohammad Agus teruja tunggu debat Anwar - Najib

 

TOKOH AKADEMIK, Prof. Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengakui isu berkenaan Sapura Energy perlu diperdebatkan.

Melalui satu kenyataan di laman Facebooknya, Mohammad Agus berkata beliau mengharapkan debat ini berjalan dengan lebih berkesan.

Sambil meminta penganjur menyusun terlebih dahulu syarat dengan kemas dan baik termasuk moderator yang perlu cekap dan menguasai ilmu tentang masalah syarikat itu, Beliau berkata teruju mahu menilai siapa yang lebih mempunyai isi dan fakta, dan menilai kehebatan pemimpin mengemukakan hujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

“Jangan pula tergelincir tajuk.

Dalam kenyataannya juga MOhammad Agus secara sinis berharap debat itu yang dijadualkan berlangsung pada 12 mei di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya tidak dibatalkan saat akhir.

“Cumanya lagi, jangan pula debat ini dibatalkan di saat akhir atas alasan panel kena kuarantin, tidak sesuai atas alasan keselamatan, dan lainnya.

“Debat ini perlu jadi dan In Shaa Allah, 12 Mei ini, rakyat yang akan menunggu siaran langsung,” katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, percaya ramai yang mempersoalkan apakah debat daripada dua tokoh ini perlu, dan apa yang rakyat akan dapat daripada debat ini.

“Debat seperti ini membazirkan masa?

“Apapun sikap mereka yang pesimis tentang debat ini, saya bersetuju ia diadakan untuk mencari jawapan kepada tiga pertanyaan berikut tentang Sapura Energy.

“Pertama, perlukah kerajaan menyelamatkan Sapura Energy? Najib menyatakan ia perlu demi menjaga kepentingan institusi awam melalui PNB dan KWAP yang menjadi pemegang saham syarikat tersebut.

Semoga tak dibatalkan saat akhir
“Ketiga, sebagai institusi awam kenapa Sapura Energy bermasalah? Apakah kerana rasuah, campur tangan politik, atau salah urus?”soal beliau sambil berkata debat itu bertujuan mencari kebenaran bukannya populariti. 


“Kedua, apakah wajar CEOnya mendapat gaji yang begitu lumayan? Mengikut Rafizi, “… meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.”

Post a Comment

0 Comments