Tukar kepimpinan SKMM, jangan diperalatkan k'jaan

 


MAJLIS
Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu kepimpinan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditukar.

Ia selepas timbul dakwaan SKMM cuba menutup mulut pihak yang mengkritik kelembapan kerajaan mengendali insiden banjir baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang mengkritik tindakan itu ,mahlis berkenaan menegaskan suruhanjaya itu tidak seharusnya diperalatkan pemerintah.

"Yang paling kami kesali adalah bagaimana SKMM diperalat pemerintah untuk menutup mulut rakyat, terutama apabila rakyat sedang tenat dan sengsara akibat banjir.

"Kerajaan dan SKMM khususnya perlu diingatkan bahawa rakyat berhak bersuara terutama dalam isu yang paling menekan, sama ada isu kos sara hidup, bencana, mahupun kepincangan kepimpinan di Putrajaya.

"Oleh itu kami menggesa agar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM digugurkan segera," kata mahlis itu dalam kenyataan.

Pada hari Rabu, seorang pengguna Twitter berkata dia telah menerima e-mel daripada Twitter yang memaklumkan kepadanya tentang permintaan yang dibuat oleh SKMM kepada laman blog mikro itu untuk mengalih keluar catatan Twitternya.

"Demi kepentingan ketelusan, kami menulis untuk memaklumkan anda bahawa Twitter telah menerima permintaan daripada SKMM mengenai akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia.

"Kami tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kandungan yang dilaporkan pada masa ini akibat permintaan ini," kata e-mel dari Twitter itu

Berdasarkan e-mel dikongsikan pengguna itu, kandungan yang ingin dibuang oleh SKMM termasuk ciapan netizen mengkritik acara kutipan derma banjir yang melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Kandungan lain yang menjadi pertikaian SKMM ialah ciapan yang mengkritik Menteri Pembangu
nan Usahawan dan Koperasi Noh Omar berhubung kenyataannya berhubung kelayakan mangsa banjir untuk menuntut bantuan kerajaan.

HARAPAN mahu kepimpinan SKMM ditukar
SKMM dilapor gagal meminta Twitter untuk menghapuskan komen yang mengkritik tindakan kecemasan kerajaan terhadap banjir.

 

Post a Comment

0 Comments