'Orang penting' SPRM didakwa miliki empat juta saham


AHLI PARLIMEN Sungai Buloh R Sivarasa mendakwa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilik 4.2 juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Di Dewan Rakyat semalam,Sivarasa memfailkan usul tergempar meminta dakwaan berkenaan dibahaskan.  

Menurut Sivarasa, beliau dimaklumkan bahawa pegawai tinggi SPRM itu menjadi pemilik 930,000 saham sebuah syarikat tersenarai pada 2015 dan memiliki 1,029,000 saham lagi pada tahun berikutnya.

Sivarasa berkata, pegawai tinggi itu turut menjadi pemilik 2,156,000 waran dalam sebuah lagi syarikat tersenarai awam pada 21 Mac 2016.

Sivarasa memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

“Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan pegawai awam mengisytiharkan semua harta mereka kepada Ketua Jabatan mereka,” kata Sivarasa.

Tambahnya, persoalan yang timbul adalah “apakah sumber dana yang digunakan untuk beliau membeli saham dan waran ini.

Beliau turut mempersoalkan apakah individu itu mengisytiharkan aset berkenaan kepada pihak atasannya.

Sivarasa persoal sumber dana beli saham
Sehubungan itu mahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM untuk menentukan sama ada pemilikan aset itu merupakan aset kelebihan yang menjadi kesalahan bawah akta berkenaan.

Beliau juga menegaskan bahawa isu itu mesti dijawab di Dewan sesuai dengan fungsinya.

Post a Comment

0 Comments