MAHKAMAH TINGGI Kuala Lumpur mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam masa 14 hari.
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu semalam selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak rayuan mereka untuk mendaftar MUDA sebagai sebuah parti politik.
Dipetik laporan media, Hakim turut mengarahkan KDN membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Sementara itu, Pengasas bersama MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya berterima kasih dengan institusi kehakiman negara dengan keputusan itu yang diperjuangkan mereka sejak lebih setahun lepas.
Tegasnya, akhirnya mereka kini mempunyai tempat untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan untuk membangunkan negara tercinta.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut menyifatkan keputusan Mahkamah sebagai kemenangan untuk demokrasi di negera ini.
“Dari setahun setengah lepas, kita melalui pelbagai jenis rintangan dan cabaran, pendakwaan, ugutan, sogokan. Ia sukar dipercayai tapi dengan keputusan hari ini, ia buatkan semuanya bermakna dan berbaloi,” katanya.
Pada 24 Ogos lalu, Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran yang baharu bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak rayuan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik.
Mereka turut menamakan Hamzah dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.
Dipetik laporan media, Hakim turut mengarahkan KDN membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Sementara itu, Pengasas bersama MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya berterima kasih dengan institusi kehakiman negara dengan keputusan itu yang diperjuangkan mereka sejak lebih setahun lepas.
Tegasnya, akhirnya mereka kini mempunyai tempat untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan untuk membangunkan negara tercinta.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut menyifatkan keputusan Mahkamah sebagai kemenangan untuk demokrasi di negera ini.
“Dari setahun setengah lepas, kita melalui pelbagai jenis rintangan dan cabaran, pendakwaan, ugutan, sogokan. Ia sukar dipercayai tapi dengan keputusan hari ini, ia buatkan semuanya bermakna dan berbaloi,” katanya.
Keputusan dianggap kemenangan demokrasi |

0 Comments