PARTI Keadilan rakyat (KEADILAN) mengutuk dan menafikan penyebaran surat palsu menggunakan nama setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution.
Saifuddin ketika mengulas surat tersebut mengumumkan kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan berkata, penyebaran surat palsu itu dilakukan "golongan terdesak yang bertujuan melemahkan KEADILAN."
Sehubungan itu Ahli Parlimen Kulim bandar Baharu itu menasihati ahli parti supaya sentiasa berpandukan kepada maklumat sahih dan tidak mudah terpengaruh dengan apa-apa berita yang tidak disahkan parti itu.
"Saya menggesa seluruh anggota KEADILAN bertenang dan mengambil maklumat sahih hanya dari sumber parti
"Saya juga menyeru rakyat seluruhnya menolak politik kotor dan adu domba
"KEADILAN akan terus bergerak sebagai parti politik pelbagai kaum untuk membela kehidupan rakyat di atas landasan keadilan," katanya dipetik.
Selain melepaskan jawatan sebagai Presiden KEADILAN, surat palsu itu mendakwa Anwar turut melepaskan jawatan sebagai ketua gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
KEADILAN bidas tindakan tak bertamadun |
Surat palsu itu juga menyebut Anwar menurut surat itu digantikan anak perempuannya Nurul Izzah Anwar sebagai presiden parti dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi HARAPAN.
0 Comments