AHLI Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bertindak menggugurkan Menteri KPDNHEP yang menurutnya telah gagal menangani isu kenaikan harga barang.
Tegas Pengarah Komunikasi parti KEADILAN itu, berdasarkan laporan media, berlaku peningkatan harga barang secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain.
Hakikat itu jelasnya sukar disangkal susulan kenyataan Ketua Perangkawan Malaysia beberapa hari lalu bahawa Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Oktober meningkat 2.9 peratus.
Pengumuman itu menunjukkan sememangnya harga barang semakin meningkat yang kemudian katanya ditambah lagi dengan pengumuman terbaru bahawa kos menunaikan haji juga bakal meningkat.
“Namun sehingga kini kita cuma mendengar alasan demi alasan dan melihat tindak balas lembab Menteri dan Kerajaan.
“Pada ketika ramai yang masih tertekan akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan, malah ramai yang memilih mengeluarkan wang simpanan hari tua dari KWSP atau meminjam dari pihak yang tidak sepatutnya demi kelangsungan hidup.
“Saya kesal dengan siri kenyataan Menteri bahawa “harga barang masih normal” dan beliau kononnya telah mencapai 100 peratus sasaran KPI bagi KPDNHEP,”katanya dipetik.
Tambah Fahmi menteri terbabit tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak prihatin akan nasib serta rasa sengsara ahli-ahli “Keluarga Malaysia”.
100 hari telah berlalu sejak beliau dilantik, dan oleh kerana beliau cuma berlengah tanpa mengambil tindakan tegas dan pantas, Ismail tegas Fahi mesti mengotakan janji dan menukar Menteri tersebut.
“Pada masa yang sama, Perdana Menteri sendiri perlu nyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan untuk segera menjamin harga barang dapat dikawal,” kata Fahmi lagi.
Tegas Pengarah Komunikasi parti KEADILAN itu, berdasarkan laporan media, berlaku peningkatan harga barang secara mendadak, sama ada harga sayur, roti, ayam, alat gantian kereta, bahan binaan, ais dan pelbagai barangan lain.
Hakikat itu jelasnya sukar disangkal susulan kenyataan Ketua Perangkawan Malaysia beberapa hari lalu bahawa Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Oktober meningkat 2.9 peratus.
Pengumuman itu menunjukkan sememangnya harga barang semakin meningkat yang kemudian katanya ditambah lagi dengan pengumuman terbaru bahawa kos menunaikan haji juga bakal meningkat.
“Namun sehingga kini kita cuma mendengar alasan demi alasan dan melihat tindak balas lembab Menteri dan Kerajaan.
“Pada ketika ramai yang masih tertekan akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan, malah ramai yang memilih mengeluarkan wang simpanan hari tua dari KWSP atau meminjam dari pihak yang tidak sepatutnya demi kelangsungan hidup.
“Saya kesal dengan siri kenyataan Menteri bahawa “harga barang masih normal” dan beliau kononnya telah mencapai 100 peratus sasaran KPI bagi KPDNHEP,”katanya dipetik.
Tambah Fahmi menteri terbabit tidak berpijak di bumi yang nyata dan tidak prihatin akan nasib serta rasa sengsara ahli-ahli “Keluarga Malaysia”.
Fahmi anggap menteri tak perihatin nasib rakyat |

0 Comments