Cadangan gabung KEADILAN dan Amanah wajar diberi perhatian


MANTAN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Mohd Najwan Halimi berpandangan bahawa cadangan Cadangan untuk menggabungkan Parti KEADILAN dan Parti Amanah wajar dipertimbangkan.

ADUN Kota Anggerik itu berkata, cadangan penggabungan itu dilihat rasional kerana kedua-dua parti berkenaan dilihat mempunyai agenda yang sama termasuk penekanan terhadap kebajikan rakyat.

“Kedua-dua parti memiliki citra politik yang sama yakni mengangkat agenda Reformasi, mendukung prinsip keadilan sosial serta membela hak dan kebajikan rakyat terbanyak.

“Penggabungan Amanah ke dalam Keadilan pastinya akan membantu melonjak dukungan serta membina keyakinan rakyat khususnya pengundi Melayu terutamanya di luar bandar khususnya dalam usaha memenangi sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baru-baru ini, penganalisis politik, Wong Chin Huat pada satu temu bual dalam satu program televisyen melontarkan idea tersebut.

Katanya, cadangannya agar kedua-dua parti terbabit bergabung sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 kerana penting untuk parti terbabit mengukuhkan undi Melayu.

Sementara ramai orang Melayu berasa lesu dan keliru dengan kemunculan semakin banyak parti dan faksi, KEADILAN dan Amanah - yang tidak terlalu berbeza arah tujuannya - boleh membuat pertimbangan untuk bergabung demi mencapai sinergi terutamanya di kawasan marginal," katanya.

Chin Huat juga menambah, tanpa penggabungan itu sukar untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) bersaing dengan BN atau Perikatan Nasional (PN) apabila kedua-dua parti turut bercakap mengenai pembaharuan serta kestabilan.

Ada kewajaran cadangan Chin Huat dipertimbang
Sementara itu ketika mengulas lanjut cadangan itu, Najwan berpendapat, langkah itu juga mampu untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi selain meningkatkan keupayaan jentera kedua-dua parti menjelang pilihan raya akan datang.

Selain itu pada pandangannya, cadangan gabungan itu juga secara tidak langsung mampu memperkukuh kepimpinan di dalam KEADILAN yang sebelum ini dilihat retak ekoran berlakunya ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.

Post a Comment

0 Comments