AHLI PARLIMEN Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid turun padang bagi mendapat gambaran sebenar mengenai isu kenaikan harga barang.
Bercakap kepada wartawan semasa hadir ke satu program di kawasan parlimen diwakilinya itu, Tze Tzin berkata kerajaan perlu melihat isu dibangkitkan itu dengan serius dan bukan mendakwanya sekadar khabar angin.
“Angka yang dikeluarkan oleh Indeks Harga Pengguna menunjukkan kenaikan harga yang dicatatkan kini adalah bersamaan dengan 2.9 peratus
"Ia amat jauh bezanya semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.
“Ketika era HARAPAN kenaikan hanyalah pada kadar 0.7 peratus," jelas Timbalan Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang itu.
Tambah beliau lagi, kadar 2.9 peratus yang dilaporkan itu merupakan kadar yang sama sebelum HARAPAN mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional.
Terdahulu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata pemantauan CAP mendapati harga beberapa jenis sayur yang dijual di pasar naik sehingga 200 peratus.
Malah tambahnya, mereka turut diberitahu bahawa kemungkinan harga sayur-sayuran akan terus meningkat.
Aduan dikemukakan perlu dilihat secara serius |
Sementara itu Tze Tzin menekankan bahawa sebarang aduan yang dibuat oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk CAP adalah suara rakyat.
Ia tegasnya perlu segera didengari dan diberi perhatian tanpa meremehkan aduan disuarakan itu.
0 Comments