Undi18: Peguam bimbang tindakan k'jaan bakal hina mahkamah


SEORANG Peguam menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan berisiko menghina mahkamah jika pindaan perlembagaan untuk menurunkan umur mengundi  daripada 21 ke 18 di seluruh negara dilaksana tahun hadapan.

Kebimbangan itu dinyatakan Simon Siah seperti dilapor portal Malaysiakini semalam.

"Ia akan menghina mahkamah jika ia tidak dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2021,” kata Siah dipetik laporan itu.

Sebagai rekod Siah mewakili lima pemuda Sarawak dalam cabaran undang-undang sehingga Mahkamah Tinggi Kuching yang mengeluarkan perintah supaya kerajaan menurunkan had umur mengundi menjelang 31 Dis tahun ini.
 
Beliau sebelumnya mengulas jaminan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa penurunan umur mengundi bagi rakyat Malaysia akan bermula dari 1 Jan tahun depan selain kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi dipetik laporan memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan, berkaitan penurunan umur mengundi, tidak boleh dilaksanakan serta-merta selepas rang undang-undang itu dibuat selepas RUU itu diluluskan pada 2019 kerana beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pesuruhjaya kehakiman Alexander Siew How Wai pada 3 Sept lalu membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh lima anak muda yang dinamakan kumpulan Undi Sarawak untuk menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan penurunan usia mengundi.

Jangan tangguh lagi undi18


Siew berkata Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan pada awal tahun ini bahawa usia mengundi akan dilaksanakan menjelang Julai tahun ini walaupun terdapat pengakuan yang bercanggah oleh pasukan responden dalam proses kehakiman, di mana pelaksanaannya hanya dapat dilakukan pada tahun depan.


Siew merujuk kepada pelbagai kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan tahun lalu dan kenyataan menteri di jabatan perdana menteri (parlimen dan undang-undang) ketika itu, Takiyuddin Hassan pada Mei lepas mengenai penurunan usia mengundi boleh dilakukan pada bulan Julai tahun ini .

Post a Comment

0 Comments