SEBUAH pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth malam ini.
TUDM dalam satu kenyataan malam ini berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.
Difahamkan, seorang anggota TUDM maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam tadi.
Anggota yang terkorban dikenali sebagai Kapten Mohamad Affendi Bustamy,
Mejar Mohd Fareez Omar yang turut berada dalam pesawat sama dilaporkan yang mengalami kecederan, namun berada dalam keadaan selamat dan stabil dan sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.
"Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita tidak sahih," menurut kenyataan Markas udara TUDM.
Hawk mula bersama TUDM sejak 1996. Ia adalah pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan.
Pesawat dilapor sedang dalam latihan |
Pesawat itu terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun sehingga mengorbankan dua juruterbang iaitu Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat tersebut ketika kejadian berlaku.
0 Comments