KUMPULAN pembaharuan pilihan raya, Bersih 2.0 mendesak pihak berkuasa pilihan raya mengeluarkan garis panduan demi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diadakan dengan bersih dan selamat.
Gesaan itu disuarakan Pengerusinya, Thomas Fann kurang seminggu sebelum hari penamaan calon bagi PRN itu dijadualkan.
“Mana garis panduan?
“Seperti calon dan parti bertanding, kami penuh debar menanti sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dipetik laporan portal FMT.
Fann berkata, mengambil kira larangan “ekstrem” membabitkan pilihan raya negeri itu yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, SPR tegasnya mesti menguruskan proses pilihan raya yang adil.
Ia termasuk menyediakan slot sekata bagi siaran dalam stesen televisyen dan radio milik kerajaan kepada semua parti dan calon bertanding untuk berkempen.
“Tanggungjawab SPR tidak terhad semata-mata memastikan proses mengundi pada hari mengundi adalah selamat, malah ia termasuk memastikan keseluruhan perjalanan pilihan raya dilaksanakan secara adil kepada semua parti, selain pengundi terbabit tanpa sebarang halangan,” katanya lagi.
Bersih gesa umum segera SOP PRN Melaka |
Pengumuman Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun dikritik kerana didakwa akan memberi kelebihan kepada kerajaan sedia ada selepas mengambil kira akses kepada media dan kemampuan berkempen semasa ‘urusan rasmi’.
0 Comments