KETUA Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengkritik kecenderungan UMNO yang mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada kadar segera.
Dalam satu perkongsian di laman Facebooknya, Akmal yang merupakan Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, kecenderungan itu memperlihatkan parti itu seolah-olah tidak mengambil peduli situasi rakyat dan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.
Langkah itu jelasnya juga menguatkan lagi dakwaan bahawa parti itu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat.
“Jangan ingat kemenangan di Melaka, UMNO mampu meraih undi rakyat. Kalau dikira peratusan undi popular Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.
“Pada PRU14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding menggunakan lambang KEADILAN memperoleh sokongan sebanyak 50.8 peratus.
“Jadikan iktibar PRN di Sabah sebelum ini yang menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakan kuasa oleh pemerintah,” katanya melalui muat naik itu semalam.
Pandangan Akmal itu dilontarkan susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Ahad yang menyuarakan pandangan agar PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat.
Ia menurutnya berdasarkan sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN susulan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sementara itu Akmal meningatkan bahawa terdapat jangkaan gelombang kes Covid-19 akan berlaku bulan depan.
Justeru, beliau mengharapkan kepimpinan UMNO untuk berpegang kepada perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan HARAPAN.
Melalui MoU tersebut, kerajaan memberi jaminan untuk tidak membubarkan Parlimen atau mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai 2022.

Kerajaan perlu hormati MOU dengan HARAPAN |

0 Comments