MAHKAMAH Rayuan menolak permohonan bekas Presiden Umno, Najib Razak untuk menangguhkan tarikh penghakiman dalam kes rasuah SRC international .
Susulan itu, 8 Disember depan dikekalkan sebagai tarikh keputusan rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah membabitkan dana bernilai RM42 juta.
“Dimaklumkan bahawa permohonan pihak perayu (Najib) untuk penangguhan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan.
"Sehubungan itu, sila pastikan kesemua pihak hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan,” menurut surat kepada peguam bekas perdana menteri dari Shafee & Coyang itu yang difailkan dalam sistem e-filing badan kehakiman itu.
Timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang dipetik laporan Malaysiakini turut mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan telak menolak permohonan penangguhan itu.
Pada Selasa, Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan Najib membatalkan keputusan bersalahnya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Mahkamah tolak permohonan Najib |
Sebagai rekod, Najib mendapatkan sementara pasportnya dari 20 Oktober hingga 22 November supaya dia boleh berada di Singapura untuk bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa.
0 Comments