KERAJAAN negeri Pahang digesa segera membatalkan lesen kegiatan pelombongan berhampiran Tasik Chini.
Gesaan itu dibuat Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) sambil menegaskan bahawa negeri itu akan kesan buruk jangka panjang dan bencana alam sekiranya kegiatan itu diteruskan.
"Peka membantah keras kelulusan yang telah diberikan kerajaan Pahang untuk projek yang terletak hanya 3km dari Tasik Chini, yang merupakan kawasan alam sekitar rentan.
"Kerajaan Pahang akan menanggung kerugian dan perlu berbelanja lebih banyak untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak serta membantu orang ramai yang terjejas, yang mungkin kehilangan rumah bahkan nyawa mereka," kata Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.
Untuk rekod, pada 3 Jun lalu, portal Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai kelulusan diberi Pahang kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan keluarga diraja.
Portal itu memetik dokumaen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April lalu yang menyatakan bahawa projek di Lot 89798 di Mukim Penyor itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak -
Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.
Tasik Chini menjadi kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan sejak beberapa tahun lalu.
Bimbang masa depan Tasik Chini |
"Tasik Chini perlu dilindungi dan semua kegiatan pembalakan serta perlombongan mesti dihentikan supaya biospefa di situ dikekalkan serta keadaan pulau-pulau di tasir tersebut boleh diperbaiki," katanya.
0 Comments