SETIAUSAHA Agong DAP, Lim Guan Eng membidas kenyataan Abdul Hadi Awang yang meminta pengundi muda tidak “diperbodohkan buat kali kedua” dengan membenarkan Pakatan Harapan (HARAPAN) kembali berkuasa.
Kata bekas Menteri Kewangan itu, kenyataan Abdul Hadi hanya dipenuhi rasa perkauman dan ketaksuban.
Malah jelasnya, ia percubaan terdesak Presiden PAS itu adalah percubaan terdesak untuk mendapatkan sokongan orang muda bagi menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) yang kini semakin ditolak masyarakat.
“Menyedari bahawa PN sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen dan jika ada keabsahan politik untuk memerintah sebagai kerajaan berpandukan titah Agong, Hadi kini memainkan isu agama dan ekstremis ” kata Ahli Parlimen Bagan itu.
Dalam kenyataannya semalam, Hadi mendakwa HARAPAN sudah mendedahkan “sikapnya yang ekstrem” terhadap Islam hanya beberapa hari selepas pemimpinnya memenangi pilihan raya umum pada 2018.
Malah Hadi menasihatkan generasi muda agar tidak mudah terpengaruh oleh media untuk menyokong semula HARAPAN kerana katanya ia hanya “akan menimbulkan penyesalan dalam kehidupan ini dan masa akan datang”.
Hadi disebalik kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan contoh atau asas kepada dakwaan dibuatnya,
“Bergantung semata-mata dengan pembohongan atas nama bangsa dan agama jelas memperlihatkan sikap terdesak PAS memanfaatkan segala cara untuk memulihkan semula defisit kepercayaan antara kerajaan dan pengundi," tambah Guan Eng lagi.
Hadi dianggap terdesak |
Kenyataan itu disusuli pula kenyataan bersama Majlis Raja-Raja yang menyatakan tidak ada keperluan untuk negara meneruskan darurat selepas 1 Ogos.
0 Comments