MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun digesa bertindak segera setelah timbul dakwaan warga emas di pusat jagaan orang tua siabaikan dalam program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Ahli Parlimen Batu Kawan Kashthuri Patto yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, sekiranya kementerian dikepalai Rina tidak masuk campur, , Malaysia berkemungkinan berdepan nasib seperti Itali, Sepanyol dan India yang merekodkan kematian tinggi dalam kalangan warga emas di pusat jagaan.
Beliau mendakwa terdapat tiga fasiliti di Pulau Pinang ditutup ekoran Covid-19 dan risiko penularan wabak.
“Rina Harun dan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai menteri serta timbalan menteri di kementerian terbesar dalam negara, mereka mesti memberi perhatian serius terhadap penutupan pusat jagaan warga emas di Pulau Pinang.
"Mereka juga perlu menyediakan pelan pemberian vaksin untuk warga emas dan pengendali pusat penjagaan kerana mereka adalah golongan paling rentan dalam masyarakat.
“Kita mesti berikrar untuk melakukan yang terbaik dan menggunakan sumber ada untuk bergerak ke hadapan tanpa mengabaikan mana-mana pihak dalam program vaksinasi.
“Rakyat Malaysia wajar tahu proses vaksinasi bagi warga emas di pusat jagaan,” kata dipetik.
Kasthuri sebelumnya merujuk kenyataan Pengerusi Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas Malaysia, Muntoh Fong, yang menyatakan bahawa golongan orang tua tidak diberi keutamaan dalam program vaksinasi.
“Kami juga sering mendapat mesej daripada kerajaan supaya pusat jagaan mendaftarkan warga emas. Kami telah melakukannya namun selepas itu, tiada apa yang berlaku,” jelasnya.
![]() |
Kashturi gesa campur tangan menteri |
Ia kerana pusat jagaan warga emas adalah terletak di bawah kementerian Rina.
0 Comments