AHLI Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dikritikan setelah mencadangkan orang ramai yang menyumbang kepada tabung Palestin supaya tidak “sibuk bertanya hal yang sukar,” berkenaan sama ada sumbangan mereka sampai ke pihak yang ditujukan atau tidak.
Pengguna Facebook, Mar Mariani yang dipetik laporan FMT menyifatkan kenyataan Nik Abduh sebagai tersasar dan khuatir ia diguna pakai oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Mana mungkin kita tidak boleh persoal ke mana duit kita pergi. Seronok la penipu-penipu yang berselindung di sebalik ‘infaq’ nanti,” katanya.
Dipetik laporan portal sama, Ahmad Haikal membidas Nik Abduh dengan menegaskan bahawa penderma sumbangan mempunyai hak mengetahui sama ada sumbangan itu sampai atau tidak kepada golongan sasaran.
“Ramai orang ambil kesempatan dan yang memerlukan atau tertindas akan berterusan… kita nak cari penyelesaian bukannya pertolongan kita hilang atas angin,” tegasnya.
Nik Abduh yang juga adalah Ahli Parlimen Bachok melalui satu tulisannya berkata, Allah memelihara bumi Palestin dengan keikhlasan, bukan dengan wang ringgit.
Justeru, katanya: “Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar, Palestin itu bumi jihad dan perang. Rukunnya, lakukan dan jangan cakap banyak.”
Teguran Nik Abduh itu menyusul setelah PAS dan kira-kira 40 NGO melancarkan tabung #Aid4Palestine untuk mendapatkan sumbangan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Tel Aviv.
Penubuhan tabung itu diumumkan presiden PAS yang juga duta khas ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi kemudiannya melantik anaknya Khalil Abdul Hadi mengetuai Sekretariat ditubuhkan bagi mengumpul dana tersebut.
Perlantikan anak Presiden PAS itu kemudian turut menerima kecaman natizen.
![]() |
Kenyataan Nik Abduh undang kritikan |
“Adakah sebagai Islam, boleh terus terima kekurangan macam ini tanpa ada usaha nak perbetulkan? Kalau macam itu senang la nak jadi ‘scammer’. Asal suruh orang reda saja,” katanya dipetik.
0 Comments