PELUMBA Moto2 negara Syahrin Abdullah sekali lagi mencuri perhatian peminat sukan lumba motosikal apabila mencatatkan pencapaian membanggakan dalam perlumbaan di Litar Mugello semalam.
Bermula di petak ke-20, pelumba NTS RW Racing GP itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 dengan catatan masa 39 minit 52.516 (s), sekali gus meraih lapan mata dalam perlumbaan itu.
Itu adalah pencapaian terbaik anak kelahiran Selangor itu bersama pasukan itu selepas berjaya meraih satu mata dalam perlumbaan GP Le Mans pada perlumbaan sebelum ini
Laman Facebook pasukan itu dalam muatnaik selepas perlumbaan itu menyifatkan pencapian diperoleh pasukan itu pada perlumbaan semalam sebagai 'keputusan ajaib'.
Sebagai rekod, jentera digunakan Hafizh disifatkan paling tidak kompetitif berbanding jentera pasukan lain.
Pasa saiangan itu, Hafizh sedikit demi sedikit memintas pelumba lain hingga berada di tempat ke-14 dengan perlumbaan berbaki 14 pusingan.
Hafizh kemudian memintas bekas rakan sepasukkannya, Aron Canet (Aspar Team) di tempat ke 12 sebelum merebut posisi ke-12 pada dua pusingan kemudiannya.
Beliau selepas itu berjaya berada di kelompok 10 pelumba dihadapan apabila beberapa pelumba terbabit kemalangan,
Beliau yang kemudian mendahului kelompok pertengahan berada di posisi ke-8 sebelum dipintas Cameron Beaubier (American Racing) yang menunggang jentera lebih berkuasa sejurus sebelum tiba digaris penamat
Hafizh ketinggalan 34.849 saat (s) di belakang juara Remy Gardner dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang menamatkan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 39 minit 17.667s.
Melengkapkan tempat kedua dan ketiga adalah Raul Fernandez (+0.014) serta pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi (+8.021)
Sementara itu, persembahan Hafizh mendapat pujian ramai peminat sukan permotoran itu,
"Last minit kena potong. Kalau tak mesti P8 dah. Tapi sangat berbangga dengan Hafizh hari ini.
"Berapa banyak pelumba kau potong. Aron Canet pun kau potong. Aku tak putus doa semoga kau dapat top 10 tadi dan minta jangan la kau kemalangan. Alhamdulilah. Kau berjaya juga dapat top 10 hari ini," komen Syamaiza Shaffie di laman sosial milik Hafizh.
Pencapaiaan itu juga membuktikan Hafizh semakin serasi dengan jentera baharu yang sedang dibangunkan itu.
Pelumba berusia 27 tahun itu sebelum ini dikritik peminat sukan pemotoran negara susulan prestasi yang tidak menentu.
Sementara itu saingan dalam kelas Moto2 di litar sama semalam, Pelumba Red Bull KTM Ajo, Remy Gardner muncul juara, Dia diekori rapat rakan sepasukan, Raul Fernandez di kedudukan kedua dan Marco Bezzecchi (VR46 Sky Racing team) ditempat ketiga.
Pada saingan kelas MotoGP, Pelumba Perancis, Fabio Quartararo yang kini menunggang untuk Monster Energy Yamaha berjaya memenangi perlumbaan , Miguel Olivera (Red Bull KTM) ditempat kedua dan Joan Mir (Suzuki Esctar) melengkapkan podium di kedudukan ketiga.
Beberapa pelumba termasuk pelumba sensasi Repsol Honda, Marc Marquez, Frencesco Bagnia ( Ducati Lenovo Team) dan pelumba Petronas Yamanah SRT, Velentino Rossi terbabit kemalangan.
Walau bagaimanapun, Rossi dapat kembali bersaing sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.

![]() |
Hafizh dilihat makin serasi dengan jentera |