POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dilapor telah membuka kertas inkuiri berhubung dakwaan seorang menteri yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Kemaman di Terengganu, pada 16 Mei lepas, tanpa surat kebenaran rentas negeri.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dev Kumar dipetik laporan Bernama berkata, PDRM akan memanggil semua pihak yang berkaitan untuk diambil keterangan, berhubung isu berkenaan.
“Ya, kes ini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sekatan jalan raya itu, jika ada berlaku sebarang kesalahan,” katanya kepada Bernama malam ini.
Sebelum ini tular di media sosial berhubung dakwaan penahanan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali di SJR Perasing pada 16 Mei lalu.
Pemimpin parti PAS itu didakwa ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang pelakon terkenal.
Dia dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan ditahan di sekatan jalan raya itu serta menidakkan hubungannya dengan selebriti wanita itu.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan.
Kemudian, Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik dilapor portal Malaysiakini sebagai mengesahkan Khairuddin ketika melalui SJR itu, namun berkata siasatan kini diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Khairuddin sebelum ini dikritik hebat setelah didedahkan tindakannya yang tidak patuh pada arahan kuarantin wajib setalah pulang ke negara ini dari Turki.
Ketidakpatuhan terhadap peraturan dibuat kerajaan dianggotainya itu didedahkan seorang wakil rakyat DAP di Dewan Rakyat.
Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian dalam satu kenyataan berkata, Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.

![]() |
Khairuddin pernah dikecam kerana tak kuarantin |

0 Comments