Nurul Izzah akan lawan Azmin di Gombak jika itu keputusan parti


PUTERI REFORMASI
, Nurul Izzah Anwar menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada beliau akan mempertahankan Permatang Pauh atau bertanding di tempat lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kedai dalam talian Shopee KEADILAN milik parti itu berkata, beliau akur kepada keputusan pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita perlu akur dengan keputusan parti kerana saya berpegang pada asas yang kita semua adalah ‘askar’ dalam parti ini,” katanya.

Izzah, yang dilihat kian aktif semula dalam politik kepartian dalam mempersiapkan parti itu dan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi PRU15 sebelum ini didesas-desuskan akan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15 bagi berhadapan dengan bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohammed Azmin Ali yang berpaling tadah dalam langkah Sheraton tahun lalu.

Azmin yang merupakan Ahli Parlimen tiga penggal dibawah tiket KEADILAN menyertai parti Bersatu tahun lalu.

Nurul Izzah akan akur keputusan parti
Selain Izzah, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang dahulunya juga dilihat sebagai sekutu Azmin turut dikhabar anginkan akan bertanding di kerusi Gombak.

Bagaimanapun memandangkan Gombak disifatkan sebagai antara kubu kuat KEADILAN, Azmin turut dilapor bakal bertanding di kerusi lain.

 

Post a Comment

0 Comments