'Makcik Petir' telah tiada


DRAMATIS
yang popular dengan gelaran 'Makcik Petir', Noryati Taib dilapor meninggal dunia.

Berita sedih itu dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui hantaran di Facebook pagi tadi.

"Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.

"Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya dalam entri berkenaan.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin melalui hantaran di Instagram (IG).

Selain terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Allahyarham yang berusia 63 tahun itu  turut digelar Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Pada 2017, keadaan kesihatan Noryati kritikal dan dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Dia juga terpaksa menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes akibat kencing manis.

Allahyarhamah berusia 63 tahun
Pada Februari lalu, Noryati disahkan positif Covid-19. Dia kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

Noryati mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik dan kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik Shahrulezad.

Post a Comment

0 Comments