BEKAS Pelumba pasukan Petronas SRT yang kini bersama Monster Energy Yamaha, muncul juara perlumbaan Grand Prix (GP) Portugal Litar Antarabangsa Algarve, Portimao semalam.
Pada perlumbaan itu, Quartararo berjaya mengalahkan Francesco 'Pecco' Bagnaia (Ducati Lenovo) dan Joan Mir (Team Suzuki Ecstar) yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Beliau sebelumnya sempat diberi saingan sengit oleh Alex Rins sebelum pelumba Suzuki itu terjatuh di lap ke-19.
Pelumba Ducati-Pramac, Johann Zarco yang muncul pendahulu keseluruhan dalam saingan itu juga gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan.
Sementara itu, bekas juara dunia, Marc Marquez yang membuat kemunculan semula selepas sembilan bulan tidak menggegar litar sekadar menduduki tempat ketujuh.
![]() |
Quartararo jadi juara di GP Portugal |
Namun, pelumba sepanyol itu mengalami kesulitan untuk mempertahankan kedudukan, Keceraan yang belum pulih sepenuhnya membuat Marquez sukar bersaing dengan pelumba lain.
Sementara itu, perlumbaan kali ini tidak menyebelahi Valentino Rossi.
ROssi mengalami kemalangan di selekoh ke-11 pada pusingan ke-16 sekaligus menyebabkan pelumba Petronas SRT itu gagal menamatkan perlumbaan.
0 Comments