Isu kalimah ALLAH: apa pendirian sebenar PAS, soal Mahfuz

PARTI PAS digesa memperjelaskan pendirian mereka tentang penggunaan kalimah ALLAH.

Gesaan itu dibuat Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omarekoran dua pimpinan kanan parti PAS menurutnya telah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung isu tersebut.

Dipetik portal Malaysia Dateline, Mahfuz menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa tiada larangan untuk menyebut perkataan ALLAH walaupun bagi penganut agama bukan Islam.

Kenyataan itu jelasnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam apatah lagi apabila Timbalan presiden PAS pula menyatakan sebaliknya.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan dibuat Presiden PAS sedangkan sebelum ini keputusan majlis syura menyebut tak boleh guna kalimah itu.

“Kemudian timbalan presiden PAS pula mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan ke mahkamah rayuan.

“Jadi, seorang kata boleh guna, seorang lagi pula kata tak boleh, dua kenyataan berbeza daripada dua pimpinan tertinggi PAS.

"Ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Difahamkan, gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pokok Sena itu melalui dalam satu klip video yang disiarkan di Facebooknya.

Abdul Hadi sebelum  memaklumkan pada dasarnya tiada larangan untuk menyebut perkataan ALLAH walaupun bagi penganut agama bukan Islam namun ada sempadan penggunaannya.

 Mahfuz tuntut penjelasan tentang pendirian PAS
Bagaimanapun, dua hari selepas kenyataan itu dikeluarkan, PAS pula dilaporkan telah memohon kepada kerajaan supaya membuat rayuan semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam negara ini.

Post a Comment

0 Comments