PUSAT Membanteras Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mempersoalkan apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan siasatan terhadap Ahli Parlimen Kual Langat, Xavier Jayakumar yang menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.
Gesaan itu disuarakan bawan pemantau antirasuah itu dalam kenyataan susulan spekulasi mengaitkan sokongan Xavier kepada kerajaan itu ada kaitan dengan siasatan terhadapnya yang dilaporkan media dan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah sebelum ini berkata bahawa Xavier tidak akan melompat jika tidak kerana "pendakwaan terpilih" SPRM.
"SPRM harus dibiarkan menjalankan tugasnya, tetapi status kes ini menjadi persoalan setelah Xavier beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN)," tambahnya
"Namun pertanyaannya tetap ada, jika tiada apa yang dapat disiasat, mengapa Xavier takut akan akibat dan kemungkinan penangkapan?" soal C4 dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, Xavier yang merupakan bekas Menteri air, tanah dan sumber asli ketika era pentadbiran HARAPAN mengumumkan keluar dari parti KEADILAN secara mengejut pada 13 Mac lalu.
Sebelumnya pada Febuari, SPRM dilaporkan melakukan penahanan terhadap seorang individu yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada Xavier.
Ia berhubung dakwaan rasuah dalam projek kementerian yang pernah diketuai Xavier.
Portal MalaysiaNow yang pro kepada PN dalam laporannya pada 16 Febuari lalu berkata, SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat individu itu dan bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.
Portal itu yang memetik sumber berkata, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.
Laporan portal sama pada 24 Febuari pula menyebut SPRM menyiasat Xavier dan Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak MA Thinagaran berhubung dakwaan itu.
Sementara itu, C4 turut mendesak pihak kerajaan dan SPRM untuk memberi penjelasan kerana menurut mereka dengan berdiam diri ia menguatkan lagi spekulasi bahawa Xavier kini bebas daripada siasatan.
"Jawapan segera diperlukan untuk apa yang berlaku sekarang dengan wang tunai RM1.2 juta yang dirampas dan akaun bank RM77 juta yang dibekukan ...
![]() |
C4 tuntut penjelasan dari SPRM dan kerajaan |
Xavier sebelum ini menafikan bahawa keputusannya lompat parti mempunyai kaitan dengan siasatan terhadapnya.
0 Comments