Tun mungkir janji, tiada sebab bagi sokongan jadi PM lagi


KETUA Setiausaha sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Saifuddin Nasution Ismail membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilihat cuba menyalahkan pihak lain setelah gagal meraih sokongan Ahli Parlimen gabungan itu untuk sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

Merujuk kepada tulisan Ahli Parlimen Langkawi itu bahawa dia gagal mendapat 62 pencalonan dari HARAPAN, Saifuddin menegaskan bahawa Mahathir sendiri memilih tidak bersama Pakatan Harapan (PH) selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Malah menurut Saifuddin, Mahathir menolak jemputan untuk dirinya menghadiri mesyuarat HARAPAN, selepas berlaku krisis politik pada Feb 2019 yang menyaksikan kerajaan kerajaan pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu itu tumbang.

"Sejurus selepas letak jawatan perdana menteri, saya sendiri yang menghubungi Tun menyampaikan jemputan minta hadir menyertai mesyuarat HARAPAN.

"Tun enggan hadir dengan alasan jika hadir mesyuarat HARAPAN. Dengan keputusan itu jelas Tun memilih tidak bersama HARAPAN yang telah meletakkan beliau sebagai PM ke-7. Apa perlu lagi Tun mahu disokong sebagai PM ke-8," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Mahathir sebelum ini berkata, setelah meletak jawatan pada Febuari lalu, dia berhak mendapat  154 undi dan sanggup kembali sebagai perdana menteri walaupun ditolak parti Bersatu.

Namun katanya dia hanya mendapat 62 pencalonan manakala Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 92 pencalonan.

Mahathir meletakkan kegagalan menghalang Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri atas sebab tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen dari HARAPAN yang memilih Anwar ke jawatan itu- yang sepatutnya diberikan kepadanya.

Sementara itu, Saifuddin dengan tegas mendakwa tindakan Mahathir sendiri merupakan suatu pengkhianatan dan memungkiri janji yang telah disepakati dalam HARAPAN.

BACA:
Mahathir masih belum 'move on' , kata Kit Siang
 
"Perjanjian HARAPAN yang Mahathir dan Muhyiddin mewakili Bersatu bersetuju Anwar gantikan Tun sebagai PM ke-8.

 Tun M tak hadir mesyuarat walau dipelawa


"Apabila Tun letak jawatan (tanpa bincang lagi) maka sokongan HARAPAN ke atas beliau sebagai PM berakhir. Langkah seterusnya ialah tunaikan janji letak Anwar sebagai PM ke-8.


"Jika Muhyiddin khianati, kita faham yang dia tak sokong Anwar. Tetapi kenapa Tun tak boleh sokong Anwar sebagai PM ke-8 seperti mana terakam dalam perjanjian yang Tun ikut tandatangan?"

"Dengan menyokong Anwar sebagai PM ke-8, HARAPAN hanya tunaikan apa yang dijanji. Bak kata pepatah “lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji”, tambahnya.


 

Post a Comment

0 Comments