PENYERTAAN parti Gerakan sebagai sebahagian Perikatan Nasional (PN) disifatkan hanya seperti melukut di tepi gantang.
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, ia sebanyak bilangan ahli parti dalam gabungan itu.
Beliau berkata, parti itu terlalu 'insignificant' (tidak ketara) untuk memberi kesan bermakna kepada PN.
Malah Gerakan tegas A. Kadir lagi akan 'hanyut' jika ADUN Buntong, Perak, S Subramaniam yang menang kerusi tersebut atas tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Jun lalu.
"Kehadiran Gerakan dalam PN bolehlah disamakan dengan keahlian Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Barisan Progresif India Se-Malaysia dalam Barisan Nasional (BN), ia ibarat melukut di tepi gantang.
"Menunjukkan keterdesakan PN untuk menambah bilangan anggota dengan memberi gambaran ia adalah gabungan pelbagai kaum," katanya dalam satu hantaran tersebut.
![]() |
Umpama melukut di tepi gantang |
Justeru katanya, dengan menyertai PN, Gerakan tidak lebih hanya mahu mengelak daripada terus terumbang-ambing dalam lautan politik yang semakin bergelora.
0 Comments