PENGURUSAN kes bagi satu lagi dakwaan terhadap Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditetapkan pada 3 Mei ini.
Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang dipetik laporan Bernama berkata pihak pembelaan telah menerima sebahagian daripada dokumen berkaitan perbicaraan itu daripada pendakwaan.
"Setakat ini tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 5 hingga 8 Julai; 12-15 Julai dan 26-29 Julai dikekalkan,” katanya.
Menurut laporan sama, bekas Perdana Menteri itu menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC.
Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 3 Febuari 2019 lalu, Najib yang merupakan bekas Presiden Umno mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.
![]() |
Dakwaan berkaitan penggubahan wang haram |
Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran selama 12 hari bagi kes itu bermula 5 April ini.
0 Comments