Perkara itu dimaklumkan peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu seperti disiar sebuah portal berita.
Mujahid pada 12 Ogos tahun lalu menamakan wartawan Harakah, Aziz Muda; Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob; penerbit laman sesawang harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, sebagai defendan dalam saman dikemukakannya.
Ia berkaitan satu laporan Harakah yang membabitkan isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Sajat.
Melalui penyataan tuntutan itu, Mujahid mendakwa pada 7 Feb tahun lepas, Aziz, Wan Nordin, dan Galeri Media menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk “Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan”.
Walau bagaimanapun semakan mendapati laporan berita dengan tajuk itu tidak dapat ditemui, beberapa portal sebelum ini melaporkan ia telah dipadamkan.
Satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau diterbitkan dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Feb menerusi artikel “Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH”.
Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT)’ selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.
![]() |
Fitnah tersebut menjatuhkan maruah |
Akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
0 Comments