Di petik laporan media, Tokoh ekonomi dan pendidikan negara berusia 98 tahun itu dilaporkan meninggal akibat sakit tua pada jam 4.30 petang tadi dan dijangka dikebumikan pada malam ini.
Isteri allahyarham Rohayah Ahmad Bahiran dipetik Astro Awani berkata jenazah Prof Ungku Aziz, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa,
Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Sebagai rekod, Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan gagasan koperasi tanah air, termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Dilahirkan di London, United Kingdom pada 28
Januari 1922 merupakan seorang tokoh dan ahli ekonomi yang banyak menyumbang
idea kepada agama, bangsa dan negara.
Allahyarham mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di
Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.
Ungku Aziz pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu.
Pada 1968 Allahyarham dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah Naib Canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.
Bapa kepada kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.
Beliau pernah memenangi Hadiah
Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993 serta dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah, pada 1997.
Ungku Abdul Aziz berusia 98 tahun |
Allahyarham juga dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu pada 25 Jun 2005 dan menerima Anugerah Akademik Negara pada 2006.
0 Comments