AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah digesa hadir ke Dewan Rakyat untuk mengundi menolak Belanjawan 2021 pada bacaan ketiga yang dijangka akan diadakan hari ini.
Gesaan itu dibuat wartawan veteran, A Kadir Jasin dalam kenyataan di Facebooknya susulan sidang media diadakan veteran Umno itu semalam yang menyarankan agar Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan menolak belanjawan tersebut.
Tegas Kadir, Tengku Razaleigh atau lkebih dikenali Ku Li tidak seharusnya mengambil sikap berkecuali atau bertindak untuk tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat ketika beliau sendiri membuat gesaan itu.
"Kalau Ku Li tak hadir Parlimen, Muhyiddin selamat satu undi menentang. Elok Ku Li hadir dan undi tolak belanjawan kerajaan yang tak sah itu.
“Prinsip tanpa tindakan tidak akan meninggalkan apa-apa kesan,” tulisnya di Facebook.
Sebagai rekod, Ku Li dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengundi untuk meluluskan belanjawan itu, tetapi beliau tidak menjelaskan jika beliau akan mengundi menolak atau bertindak berkecuali.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini didakwa tidak mengetuai sebuah kerajaan yang kukuh kerana kedudukan sokongan yang ada padanya begitu tipis malah tidak pernah dicabar di Dewan Rakyat. Ku Li digesa hadir ke sesi undi
0 Comments