Belanjawan: Apa-apa boleh jadi hari ini, kata Ahli Parlimen

 



SEORANG wakil rakyat dari Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan undian Belanjawan 2021 yang dibentangkan untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat tidak akan disokong.

Memetik laporan Sinar, Abdullah Sani yang merupakan Ahli Parlimen Kapar berkata, apa-apa perkara boleh terjadi hari ini kerana sokongan undian terbabit adalah mengikut ahli Parlimen.

“Bila pergi keseluruhan belanjawan, adakah ia meyakinkan ahli dewan untuk menyokong.

“Itu terpulang pada individu. Apa-apa boleh terjadi,” katanya dipetik sebahagian laporan itu.

Semalam, Majlis Setiausaha HARAPAN mengeluarkan gesaan supaya Ahli Parlimen menolak Belanjawan dikemukakan pentadbiran Muhyiddin itu.

Tegas mereka, Belanjawan itu tidak menepati kehendak rakyat.

Dua veteran politik turut menggesa supaya belanjawan itu ditolak.

Melalui satu sidang media, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan engku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah berkata, pentadbiran Muhyiddin telah lari dari landasan sebenar dan tidak ada strategi membantu rakyat ketika Covid-19 menyerang negara.

Sementara itu,  Abdullah Sani yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menjelaskan, bacaan kali ketiga adalah berbeza dengan kelulusan diperoleh kerajaan   di peringkat dasar dan jawatankuasa sebelum ini.

 Tak tolak kemungkinan PN tersungkur
“Bukan masalah majoriti. Peraturan mesyuarat ada tiga 3 fasal. Fasal pertama peringkat dasar.

"Bila dasar itu disokong, kena melalui proses yang kedua iaitu fasal jawatankuasa. Itu peringkat kedua. Keseluruhannya sekali, baru bacaan kali ketiga,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments