Ahli Parlimen digesa tolak belanjawan kerajaan Muhyiddin


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan tidak menentu dan berkemungkinan akan dijatuhkan.  

Situasi itu boleh berlaku sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentangkan sebelum ini gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen pada undian pada bacaan kali ketiga yang dijangka akan diadakan hari ini.

Lewat petang semalam, Majlis setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) mengeluarkan satu kenyataan tegas mengajak Ahli Parlimen menolak Belanjawan dikemukakan PN yang menurut mereka sebagai tidak memenuhi apa dipohon dan diharapkan wakil rakyat.

Majlis itu menyenaraikan beberapa tuntutan yang gagal dipenuhi kerajaan selari dengan kehendak rakyat.

Ia antaranya berkenaan kemudahan mengeluarkan wang caruman Akaun 1 KWSP, moratorium automatik ke atas bayaran balik pinjaman bank, pendidikan anak-anak, kehilangan pekerjaan, dan bantuan kepada petugas barisan depan.

“HARAPAN menggesa agar semua Ahli Parlimen, sama ada di sebelah pembangkang mahupun dalam kalangan penyokong kerajaan, yang memahami Belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu ditandatangai Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Amanah, Dr Hatta Ramli; dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Sebagai rekod, HARAPAN sebelum ini memberi peluang untuk belanjawan itu dibahaskan di Dewan Rakyat apabila tidak meminta undian belah bahagi dijalankan semasa proses undian akhir bulan lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain tidak mahu pihaknya dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, langkah itu juga bagi membolehkan kerajaan menjawab isu utama seperti perbelanjaan "tidak realistik".

Kerajaan tiada strategi bela rakyat


Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berpandangan kerajaan PN besar kemungkinan akan tumbang hari ini.

Keyakinan itu disuarakan dalam satu sidang media bersama bekas seteru politiknya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Ada kemungkinan esok (selasa), bila undian untuk bacaan ketiga belanjawan, ada kemungkinan kerajaan akan kalah.

 Ku Li anggap Muhyiddin tiada keasbahan
"Saya harap mereka yang berada di parlimen akan tidak memikirkan diri mereka sendiri, tetapi memikirkan tentang negara," jelasnya sambil menegaskan bahawa pentabdiran  Muhyiddin hanya pentingkan diri.

"Kerajaan sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat sebaliknya hanya terlibat dengan politik termasuk untuk kepentingan diri sendiri.

"Tak ada satu strategi untuk memulihkan ekonomi negara dan juga untuk menangani masalah Covid-19," tambahnya.

Minggu terakhir sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini amat ditunggu-tunggu bagi melihat sama ada Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan apalagi tahap sokongan yang diterima Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri terus diragui.
 
Tengku Razaleigh  yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno pula menganggap kerajaan sekarang tidak mendapat keabsahannya dan Muhyiddin bukan perdana menteri yang memiliki keabsahan.

Post a Comment

0 Comments