JOE BIDEN kini disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 46.
Kemenangannya pemimpin parti Demokrat itu disahkan pada Isnin oleh Undi Elektoral (Electoral College) dengan 302 undian memihak kepada beliau.
Dalam ucapannya di Wilmington, Delaware pada Isnin, Biden menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terhadap demokrasi buat Amerika.
“Sekali lagi di Amerika, kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan mandat rakyat telah menang.
“Demokrasi kita - ditekan, diuji, diancam - dibuktikan bertahan, benar dan kukuh,” tegasnya dalam ucapan.
Walaupun undian pada Isnin lazimnya hanya menjadi formaliti, keputusan itu memberi tamparan hebat kepada usaha Trump yang berkali-kali menolak proses pemilihan pada 3 November lalu kerana didakwa terpalit dengan penipuan.
Trump sehingga kini enggan mengaku kalah pada pilihan raya presiden yang diadakan baru-baru ini.
Dalam sistem Kolej Elektoral yang dikuatkuasakan sejak 1780-an, seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi untuk diisytiharkan menang dan sah sebagai Presiden.
Pada pilihan raya kali ini, Biden memperoleh 306 undi elektoral, manakala Trump meraih 232.
Biden turut memenangi undi popular dengan lebih 7 juta undi, manakala calon Demokrat pada 2016, Hillary Clinton meraih hampir 3 juta undi popular. Biden sah Presiden AS ke-46
Keputusan oleh Kolej Elektoral itu bakal dihantar ke Kongres untuk disahkan yang kemudian diikuti dengan upacara angkat sumpah jawatan pada 20 Januari depan.
0 Comments