SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dilapor maut dibaham oleh buaya.
Memetik laporan media, kejadian itu berlaku di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu semalam. Ia serangan kedua membabitkan reptilia itu di Sabah dalam seminggu.
Ketua Polis Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika kanak-kanak itu bersama rakannya sedang mandi di sungai sebelum tiba-tiba diserang reptilia berkenaan.
“Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian, bergegas memaklumkan perkara itu kepada bapa kanak-kanak itu.
“Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diaktifkan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Rohan, mayat kanak-kanak itu kemudian ditemukan terapung kira-kira 20 meter dari rumahnya. Mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.
Terdapat kesan gigitan di bahagian pinggang, perut dan dada mangsa.
Kejadian kedua sejak seminggu lalu |
Semasa kejadian, mangsa mencari lokan serta siput di tebing sungai Kampung Mengkabong dan cuba menyeberangi sungai itu ketika reptilia berkenaan menerkamnya namun berjaya diselamatkan rakan-rakannya.
0 Comments